NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan pengakhiran tapi permulaan baharu, kata Hishamuddin

Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan berbincang dengan kepimpinan Umno Bahagian Sembrong berhubung hala tuju kehadapan.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein menganggap keputusan Umno menggantung keahliannya selama enam tahun, bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya satu permulaan baharu.

Malah katanya, beliau tidak patah semangat malah akan terus berjuang demi bangsa, agama dan tanah air.

“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus cekal berjuang demi bangsa, agama dan tanah air, ini bukanlah pengakhiran, ia adalah permulaan baharu,” katanya di Instagram.

Menurutnya, langkah seterusnya yang akan diambil iaitu berbincang dengan kepimpinan Umno Sembrong berhubung hala tuju kehadapan.

Hishammuddin yang juga bekas menteri pertahanan antara empat pemimpin kanan parti itu yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin parti sewaktu PRU15.

Tiga pemimpin lain adalah bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang

UMNO turut bertindak memecat keahlian bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Noh Omar.

Pemecatan dan penggantungan terbabit dibuat pada mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Umno malam semalam.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo