NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ?

Menurut Organisasi Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW)), Senjata Kimia adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengakibatkan kematian atau kemudaratan secara sengaja melalui sifat toksik bahan tersebut. 

Di bawah Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention (CWC)), definisi senjata kimia meliputi semua bahan kimia toksik kecuali digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh konvensyen dan dalam kuantiti yang relevan dengan tujuan tersebut. 

Ini termasuklah ejen kimia sama ada dalam bentuk gas, cecair, atau pepejal yang dimanipulasikan untuk menyebabkan kesan toksik sama ada dihidu, dimakan atau diserap melalui kulit. Ejen kimia menjadi senjata dalam peperangan termasuklah digunakan dalam peluru artileri, periuk api, bom udara, peledak peluru berpandu, peluru mortar, bom tangan, tangki semburan atau apa-apa cara lain untuk menghantar ejen ke sasaran yang ditetapkan.

Dalam peperangan moden, senjata kimia pertama kali digunakan dalam Perang Dunia Pertama (1914–18), di mana pelepasan gas beracun menyebabkan kematian lebih kurang 100,000 orang. Selepas itu, senjata kimia telah digunakan berkali-kali, terutamanya dalam Perang Iran-Iraq (1980–88) dan Perang Saudara Syria serta menyebabkan lebih daripada satu juta menerima kemudaratan.

Jenis Ejen Kimia yang Pernah Digunakan Sebagai Senjata Kimia:

๐Ÿญ. ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ธ (๐—–๐—ต๐—ผ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜)

Ejen pencekik menyebabkan kecederaan melalui saluran pernafasan. Bahan ini merengsakan hidung, tekak, dan terutamanya paru-paru. Apabila dihidu, bahan ini menyebabkan alveolus dalam paru-paru merembeskan cecair sehingga menyebabkan mangsa kelemasan. Ejen-ejen ini adalah dari bentuk gas—contoh ejen ini ialah: 

 ☣️ Chlorine (Cl) 
 ☣️ Chloropicrin (PS) 
 ☣️ Diphosgene (DP) 
 ☣️ Phosgene (CG) 

๐Ÿฎ. ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ต (๐—•๐—น๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜)

Ejen lepuh merupakan ejen kimia yang sering digunakan sebagai senjata. Bahan ini menjejaskan mata, saluran pernafasan, dan kulit apabila dihidu mangsa atau terkena kulit. Bahan ini mula-mula bertindak dengan menyebabkan kerengsaan dan kemudian meracun sel-sel. Pendedahan kepada ejen lepuh mengakibatkan kelepuhan yang teruk pada kulit dan boleh mengancam nyawa. Kelepuhan ini menyerupai kesan luka terbakar yang teruk, boleh menyebabkan kerosakan mata dan kerosakan kekal pada sistem pernafasan mangsa. Ejen-ejen ini datang dalam pelbagai bentuk, sama ada cecair, wap, aerosol ataupun serbuk. Antara contoh-contoh bahan kimia untuk ejen ini ialah: 

 ☣️ Sulfur Mustard (H, HD) 
 ☣️ Nitrogen Mustard (HN) 
 ☣️ Lewisite (L) dan Phosgene Oxime (CX) 

๐Ÿฏ. ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต (๐—•๐—น๐—ผ๐—ผ๐—ฑ ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€)

Ejen darah adalah bahan yang menghalang keupayaan sel untuk menggunakan oksigen. Sesetengah ejen darah juga boleh menjejaskan keupayaan sel darah untuk memindahkan oksigen, mengakibatkan kerosakan kepada organ-organ penting dalam badan termasuklah sistem saraf pusat, sistem jantung dan sistem pernafasan. Bahan ini diedarkan melalui darah dan biasanya mangsa terdedah apabila terhidu bahan ini dalam bentuk gas—bentuk utama ejen kimia ini. Antara contoh-contoh ejen ini ialah: 

☣️ Hydrogen Cyanide (AC) 
☣️ Cyanogen Chloride (CK) 
☣️ Arsine (SA) 

๐Ÿฐ. ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ (๐—ก๐—ฒ๐—ฟ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€)

Ejen saraf bertindak menyekat tindakan enzim yang dipanggil Acetylcholinesterase (AChE) dalam sistem saraf. Ini menyebabkan pengumpulan neurotransmitter di antara sel-sel saraf atau merentasi sinaps yang membawa kepada stimulasi berlebihan kepada otot, kelenjar dan saraf lain. Akibatnya, mangsa akan mengalami simptom seperti mata berair, pengeluaran air liur yang berlebihan, kabur penglihatan, sakit kepala, kesukaran bernafas dan muntah-muntah. Dalam dos yang lebih tinggi, ejen saraf boleh menyebabkan sawan, hilang kawalan badan, kelumpuhan pada otot termasuk jantung dan sistem pernafasan dan tidak sedarkan diri. Ejen saraf adalah sangat toksik dan memberikan kesan yang sangat cepat. Bahan ini bertindak melalui penyerapan melalui kulit dan paru-paru. 

Ejen saraf dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu ejen siri-G dan ejen siri-V, bergantung kepada penggunaannya dalam ketenteraan. Sesetengah ejen G, terutamanya tabun dan sarin, akan hanya berada dalam persekitaran untuk tempoh yang singkat. Berbanding dengan ejen-ejen lain seperti soman dan cyclosarin, yang kekal lebih lama dalam persekitaran. Ejen-V sangat toksik, hanya beberapa miligram sahaja boleh menyebabkan kematian dan kekal dalam jangka masa yang lama dalam persekitaran. Ejen-ejen ini pula hadir dalam pelbagai bentuyk sediaan termasuklah cecair, aerosol, wap ataupun serbuk. Contoh-contoh ejen saraf ialah: 

☣️ Tabun (GA) 
☣️ Sarin (GB) 
☣️ Soman (GD) 
☣️ Cyclosarin (GF) 
☣️ VX 

๐Ÿฑ. ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป (๐—ฅ๐—ถ๐—ผ๐˜ ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€)

Ejen kawalan rusuhan sering digunakan bertujuan untuk mendatangakan kemudaratan sementara terhadap mangsa dengan menyebabkan kerengsaan pada mata, mulut, tekak, paru-paru atau kulit.

Ejen kawalan rusuhan, seperti gas pemedih mata, dianggap sebagai senjata kimia jika digunakan dalam peperangan. Sesebuah negara boleh memiliki ejen kawalan rusuhan secara sah dan menggunakannya untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang domestik, tetapi negara-negara yang menjadi ahli Konvensyen Senjata Kimia mesti mengisytiharkan jenis ejen kawalan rusuhan yang mereka miliki. Kebiasaannya ejen kawalan rusuhan adalah dalam bentuk gas ataupun aerosol seperti: 

☣️ Gas Pemedih Mata (CS) 
☣️ Penyembur Lada (Pepper Spray) (OC) 

#senjatakimia
#ambiltahu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo