NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Waspada terhadap tiga ‘sahabat’ komunis

Pada 2 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengingatkan Parti Komunis Malaya akan mengambil kesempatan daripada kegiatan perkaumanfanatik agama dan petualang politik.

Beliau berharap rakyat akan berjaga-jaga terhadap cauvinis serta pelampau kaum, golongan fanatik agama dan petualang politik, yang bukan sahaja menjejaskan keselamatan, tetapi juga menghalang matlamat perpaduan kaum.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Disember 1972 – Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam telah meletakkan batu asas bangunan rumah Persatuan India Kinta di Ipoh baru-baru ini.
  • 2 Disember 1977 – Penyanyi kacak bersuara lantang, Latiff Ibrahim kini menjadi anggota keluarga Trio Musical Industries untuk proses rakaman album terbarunya nanti.
  • 2 Disember 1982 – Kementerian Pertanian bercadang untuk mengimport kambing biri-biri jenis “Dorset Horn” bagi tujuan pembiakan kacukan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo