NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada Kestabilan Dek Perangai UMNO BN yang masih tak berubah

Tiada Kestabilan Dek Perangai UMNO BN yang masih tak berubah 

Masa Muhyiddin jadi PM 17 bulan, UMNO BN juga lah yang kacau ganggu dan buat bermacam macam hal sehingga Muhyiddin terpaksa letak jawatan. Sampai Muhyiddin nak fokus lawan Covid 19 dan membina negara terganggu sokmo dek perangai UMNO BN yang tak pernah berubah.

Apabila Ismail Sabri jadi PM dari kalangan UMNO BN sendiri, ingatkan reda dan selesai la. Rupanya tak reda juga, Ismail Sabri pun UMNO BN kacau dan paksa bubar parlimen. Nampaknya Ismail pun tak boleh mentadbir dengan tenang. Akhirnya terpaksa bubar parlimen.

Kini Anwar Ibrahim jadi PM 10. Sebulan dua ni nampak ok lagi. Mungkin sebab Zahid dah berjaya jadi TPM kut. Mungkin juga UMNO BN tak kuat buat masa ni. Sbb UMNO BN ni jika kuat, lupa diri, kawan pun dia telan.

Rasanya eloklah kekalkan je presiden dan timbalan presiden UMNO tu. Kerana mereka banyak jasa, walaupun menang 30 kerusi, tetapi berjaya jadi TPM dan beberapa menteri. Hidup Zahid dan Tokmat, jangan cuba cuba lawan, nanti kena pecat macam Anuar Musa.

Apa yang sedang hangat berlaku di Melaka, bukan perkara luar biasa, ia adalah perkara biasa bagi UMNO BN.

Kepada ahli UMNO, fikir fikirkan lah dengan tenang dan sabar. Buat kajian secara mendalam apa yg perlu dilakukan. Kalau pimpinan keras keng tak nak dengar suara akar umbi, atau sudah lari dari perjuangan asal no Anwar no DAP, mari lah bersama perjuangan Islam PAS dan PN. (Tiada paksaan)
#jengkasejahtera 27/12/22

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo