NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belia Islam di Britain bantu golongan memerlukan sempena Krismas


LONDON:
Persatuan Belia Islam Ahmadiyah (Amya) mengedarkan 'bakul hadiah' kepada golongan yang memerlukan di seluruh Britain terutama mereka yang terkesan akibat krisis kos sara hidup ketika musim perayaan.

Ketua belia serantau Amya, Muhammad Akbar, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan sedikit beban kepada mereka yang terkesan, lapor PA Media/dpa.

"Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda bahawa setiap perbuatan kebaikan adalah sedekah.

"...jadi tahun ini kami memutuskan untuk menyumbangkan bakul hadiah dengan harapan sumbangan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan," katanya.

Amya melancarkan inisiatif itu dengan kerjasama badan amal Marie Curie yang menyediakan sokongan dan penjagaan bagi mereka yang menghidap penyakit.

Terdapat lebih 400 permohonan diterima daripada 40 bandar dan pekan di seluruh United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bakul hadiah itu.

Pada Krismas, ratusan sukarelawan telah ditugaskan ke 22 wilayah untuk mengagihkan bakul itu.

Bakul hadiah itu mengandungi makanan, lilin wangi, selendang musim sejuk, mainan, alat tulis dan kad.

"Ini merupakan pengalaman yang sangat mencabar...kami berharap kami dapat meneruskan inisiatif yang sama pada masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA


........
Komen: PN kena gerakkan ini dengan lebih terbuka


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo