NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan enakmen jenayah syariah Terengganu kaedah terbaik didik masyarakat


BANGI, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa
– Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjangkakan kesan positif berhubung langkah Kerajaan Terengganu meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Presidennya, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, menerusi pindaan itu masyarakat khususnya generasi muda akan lebih matang dan berfikir dengan waras tanpa terikut hawa nafsu yang melampau.

“ISMA memandang positif Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022.

“Pindaan ini adalah salah satu kaedah pendidikan kepada masyarakat iaitu dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang.

“Islam memberi ruang mendidik dan berdakwah melalui kaedah lisan dan perbuatan yakni penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Fauzi berkata, enakmen ini juga akan mengangkat martabat para wanita dan melindungi mereka dari sebarang situasi yang membenarkan mereka diambil kesempatan dengan mudah.

Sehubungan itu, katanya, pihak yang menentang enakmen ini perlu memberikan hujah yang baik dan cadangan sebagai alternatif.

“ISMA menyarankan kepada masyarakat untuk memberikan kepercayaan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan undang-undang ini.

“Kita juga menyarankan agar negeri-negeri lain turut mengkaji dan mengambil contoh terhadap enakmen ini,” katanya.

Sebelum ini, persidangan DUN Terengganu meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah di negeri itu.

Pindaan itu juga bertujuan menambah baik Enakmen Kesalahan Syariah Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Empat seksyen baharu itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).

Bagaimanapun, langkah itu menimbulkan pertikaian dalam kalangan aktivis hak kebebasan manusia.


........
Komen: Jika semua NGO Islam bersatu Insya-Allah negara kita akan boleh laksanakan perintah Allah, masalahnya IKRAM menjadi penghalang bila menjadi DAP kawan seperjuangan.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo