NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan “tak ada telur” sekat pendakwah dan artis terkenal sokong PN


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah bebas yang menyatakan sokongan terbuka kepada gabungan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, memandangkan pilihan raya telah berakhir, sewajarnya tiada mana-mana pendakwah yang tidak sehaluan kerajaan disekat daripada menyampaikan ceramah.

"Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN dalam PRU-15 yang lalu.

"Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

"Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.

“Baru lah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebooknya.

Sebelum ini, penceramah popular Ridhuan Tee Abdullah mendakwa disekat daripada keluar televisyen bagi rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1.

Ridhuan ketika dihubungi Malaysiakini pada 14 Dis lalu mengesahkan dia digam oleh Radio Television Malaysia (RTM).

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagaimanapun menafikan dia mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkemuka itu.

Muhyiddin juga turut meminta supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Ini kerana pemilihan pengurusan masjid yang dibuat secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.

Katanya, pihak berwajib yang mentadbir urusan agama Islam juga tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara ketat sehingga menafikan orang Islam menimba ilmu di tempat perhimpunan orang Islam.

"Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang telah dipilih oleh ahli-ahli kariah.

"Saya berharap pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan AJK masjid semata-mata kerana berlainan fahaman politik," katanya.


........
Komen: Patut tak ada telur dalam pasaran kerajaan "tak ada Telur"


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo