NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tauke dan Syarikat Judi hanya layak bersama PH

Minda Presiden PAS

TAUKE DAN SYARIKAT JUDI HANYA LAYAK BERSAMA PH 

Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN), sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. 

Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih. Diikuti pula dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih, kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi. 

Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas. Hal ini bermakna tauke judi itu sangat bodoh, walaupun pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang ditarik bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan.

Apabila PAS memerintah Kelantan, maka diambil suatu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama. Mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama.

Selepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian. Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik oleh PH, merangkap Menteri Kewangan juga.

Apabila kerajaan PAS Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasanya, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH, walaupun dalam perkara yang hanya berkait dengan hak umat Islam. Malangnya, mereka yang berwajah Islam dalam PH diam membisu.

Pepatah Melayu ada menegaskan, “Kalau rumah berdinding kaca jangan dikacau rumah orang lain, nanti kalau dibalas maka berkecailah dinding rumah kamu itu.”

Mereka juga boleh melakukan dengan cara menipu orang-orang yang sangat bodoh, khususnya melalui media yang boleh melariskan penipuan itu, laksana penjual ubat yang boleh menjual biji-biji tahi kambing, jika pandai mensyarahkannya maka boleh ditafsirkan menjadi majun yang laris dijual. 

Zuhair bin Abi Salama, seorang pujangga Arab pada zaman sebelum Rasulullah SAW pernah menegaskan: 

‌ŁˆَŁ…َŁ‡ْŁ…َŲ§ ‌ŲŖَŁƒُŁ†ْ ‌Ų¹ِŁ†ْŲÆَ ‌Ų§Ł…ْŲ±ِŲ¦ٍ ‌Ł…ِŁ†ْ ‌Ų®َŁ„ŁŠŁ‚Ų©ٍ ... ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų®َŲ§Ł„َŁ‡َŲ§ ŲŖَŲ®ْŁَŁ‰ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ ŲŖُŲ¹ْŁ„َŁ…ِ.

“Sekalipun seseorang itu mempunyai perangai yang disembunyikan kepada orang ramai, akhirnya ia akan tetap terdedah juga.”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
 
Bertarikh: 12 Jumadal Ula 1444 / 7 Disember 2022

[Bil: 66 / 2022]

( Hide )
  1. Masa ph cabutan judi setahun hanya 8 kali. Masa kerajaan gagalkrasi pm mahiadin cabutan naik 22 kali setahun.
    Kenapa parti agama sokong?
    Kenapa parti agama tak bantah?

    Atau kawtim dengan tauke judi.
    Patut akaun parti menimbun.
    Patut nampak mewah dan 'sedekah' juga mewah.
    Hmmmm......

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo