NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq wakil tunggal Muda dalam PH tiada dalam senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terjawab apabila namanya tidak tersenarai dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan semasa pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.

Sebelum ini, namanya disebut-sebut bakal memegang jawatan itu semula selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan jawatan itu disandang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggantikan bekas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo