NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah sebulan, kos sara hidup meningkat masih belum diatasi – Wan Saiful



KUALA LUMPUR –
Tempoh dua minggu yang diberikan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kementerian yang terbabit bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup masih belum dapat diatasi sepenuhnya, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, saranan Anwar pada 27 November lalu seakan tiada pergerakan kerana sehingga kini tiada mekanisme bagi menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Hari ini sudah empat minggu. Kos sara hidup masih terus naik. Telur masih tak ada. Harga makanan harian makin naik. Tapi tidak ada satu pun langkah konkrit yang kerajaan telah mulakan. Nampaknya janji dua minggu ini sama macam janji harga minyak turun dalam 24 jam.

“Sampai hari ini belum habis ‘mencerakinkan’ solusi. Tersengih bertutur bahasa berbunga-bunga untuk tunjuk hebat, tapi hanya wayang untuk menutup kelemahan tak tahu nak buat apa untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut menyifatkan kerajaan tidak mempunyai idea untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup dihadapi rakyat.

Malah beliau berkata, janji Anwar untuk menyediakan cadangan penyelesaian terhadap masalah itu dalam tempoh dua minggu juga tidak ditunaikan.

“Semua ini membuktikan bahawa PH dan BN tak ada idea. Ini adalah kerajaan menyelamatkan diri sendiri dan memenuhi cita-cita peribadi, sebab itu PH-BN tiada idea bagaimana menyelamatkan rakyat,” katanya.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 pada 27 November lalu Anwar berkata, beliau memberi tempoh selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk memberikan cadangan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, ia termasuk strategi dan cadangan untuk program subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah selain penambahbaikan terhadap sektor swasta. – MalaysiaGazette


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo