NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah percubaan kali ke 8, Lubnan masih tiada presiden

BEIRUT, 7 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Kemelut pemilihan presiden di Lubnan masih menemukan jalan buntu selepas ahli Parlimen negara itu terus gagal mencapai kata sepakat dalam sidang pada Khamis.

Ini adalah percubaan kali kelapan, hanya kerana perbezaan ideologi politik – ia terus menghalang konsensus mengenai jawatan presiden baharu itu.

Sesi pengundian terbaharu pada Khamis dihadiri 111 daripada 128 ahli Parlimen.

Michel Moawad – calon yang disokong oleh parti Pasukan Lubnan – memperoleh 37 undi, jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk memenangi pusingan pertama, manakala 52 lagi ahli Parlimen bersikap berkecuali.

Speaker Nabih Berri menetapkan sesi pengundian seterusnya pada 8 Disember ini.

Sesi sebelumnya diadakan secara mingguan di mana semua gagal bersetuju dengan calon presiden baharu.

Seorang calon memerlukan dua pertiga undi – 86 sokongan ahli Parlimen – untuk melepasi peringkat pertama, manakala majoriti mutlak diperlukan dalam pusingan berikutnya.

Bekas Presiden, Michel Aoun meninggalkan jawatan itu pada 31 Oktober selepas menamatkan penggal enam tahun tanpa ahli Parlimen bersetuju untuk pengganti.

Sejak 2019, Lubnan telah menghadapi krisis ekonomi yang melumpuhkan dan disifatkan Bank Dunia paling teruk dilihat pada zaman moden.

Negara itu tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sepenuhnya sejak Mei, dengan Perdana Menteri, Najib Mikati dan Kabinetnya mempunyai kuasa terhad berikutan status pentadbiran sementara mereka.- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo