NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya masih setia bersama UMNO’


KEKALAHAN
Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan bermakna bahawa kepimpinan UMNO sudah berakhir dan mati terutamanya di mata orang Melayu.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sokongan orang ramai diyakini bakal kembali kepada parti itu dan percaya pemimpin-pemimpin parti akan berjuang membangkitkan semula UMNO.

Tajuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak turut menegaskan bahawa pimpinan UMNO akan berusaha memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang menyebabkan orang ramai terutamanya ahli sendiri membuang undi kepada parti lain.

Ikut wawancara eksklusif wartawan Sinar Ahad, MUKHRIZ MAT HUSIN bersama Tajuddin yang menyentuh mengenai kebangkitan UMNO dan isu-isu politik semasa.

SINAR AHAD: Digugurkan sebagai calon Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setelah menyandang kerusi Parlimen itu selama tiga penggal, Datuk Seri pernah sifatkan ia 'ibarat perkahwinan yang diatur'. Mengapa ketika itu Datuk Seri tidak mengambil tindakan untuk mempertahankan Pasir Salak atas tiket parti lain sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim? Mengapa kekal setia bersama UMNO?

TAJUDDIN: Saya ini dah lama dengan UMNO. Masuk UMNO pada tahun 1975, sejak saya berumur 25 tahun. Daripada muda sampai ke tua dan banyak jasa UMNO kepada saya. Daripada kecil hingga ke sekolah, masuk universiti, mendapat pekerjaan, kemudian mendapat peluang menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Banyak sungguh jasa, dan daripada situ saya dapat membina satu keluarga. UMNO menjadi tempat di mana saya berusaha dan mendapatkan rezeki daripada ALLAH SWT. Jadi besar sungguh jasa UMNO kepada saya.

Takkan saya nak tinggalkan UMNO hanya kerana ada masalah saya tidak dicalonkan (dalam PRU15). Saya pernah mendapat tawaran. Bila nama saya tidak naik, saya ditawarkan oleh Pas untuk menyertai dan menjadi calon Perikatan Nasional (PN), tetapi saya tolak. Saya tidak terima macam orang lain yang tinggalkan UMNO, sertai PN dan sebagainya. Itu hak mereka. Bagi saya, bukan satu pilihan yang baik dan elok untuk saya yang banyak menerima jasa UMNO. Bukan sahaja saya, malah keluarga. Jadi saya tolak tawaran itu. Kalau saya terima, saya calon PN, menang dah.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo