NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salji tebal dijangka landa pantai Jepun

Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi. - Gambar fail/REUTERS


TOKYO: Salji tebal dijangka melanda pelbagai wilayah di Jepun, terutamanya di sepanjang pantai Laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku barat hingga Ahad.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), setakat jam 6 pagi Sabtu, ketinggian salji telah mencecah 152 sentimeter (cm) di bandar Oguni di Wilayah Yamagata, manakala salji di kampung Sekikawa di Wilayah Niigata mencecah 117 cm, lapor Xinhua.
Pegawai cuaca memberi amaran angin kencang dengan kadar tiupan 35 meter sesaat akan melanda sepanjang pantai Laut Jepun dan utara Jepun pada Sabtu.
Wilayah Niigata diramalkan menerima curahan salji sehingga 80 cm dalam tempoh 24 jam hingga pagi Ahad.
Wilayah timur laut Tohoku menyaksikan salji setinggi 70 cm, manakala wilayah Kanto-Koshin setinggi 60 cm, menurut JMA.
Pantai Pasifik juga diramal mengalami salji tebal terutamanya membabitkan kawasan pergunungan.
Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo