NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sakit perut, kencing berdarah dipukul senior



BENTONG: Seorang pelajar berusia 16 tahun, mengalami sakit perut dan kencing berdarah, didakwa akibat dipukul pelajar senior di asrama sekolah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata, pelajar berusia 16 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan kencing berdarah pada jam 10 pagi, semalam ketika berada di rumah dan dibawa bapanya ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki mangsa dipukul. Mangsa memberitahu dipukul pelajar lelaki berusia 17 tahun, kira-kira jam 2 pagi Jumaat ketika sedang tidur di asrama.

"Bapa mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bentong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo