NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Saya ingin fokus bersih nama terlebih dahulu” - Syed Saddiq

Presiden MUDA, yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


PETALING JAYA: Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang tidak dilantik dalam Jemaah Menteri, menyifatkannya sebagai satu hikmah kerana beliau mempunyai lebih banyak masa berkhidmat kepada rakyat dan memberi fokus untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pelantikan menteri dan timbalan menteri adalah prerogatif perdana menteri dan beliau menghormati mandat yang ditetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, tiada tembok kuasa yang memisahkannya dengan rakyat walaupun tidak terpilih menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

"Saya kini boleh memfokuskan usaha untuk membela rakyat, membangunkan kawasan Parlimen saya dan membersihkan nama di mahkamah.

"Dalam perjumpaan saya dengan Perdana Menteri, saya tekankan saya tidak mahu kes saya digugurkan kerana saya mahu keadilan ditegakkan di mahkamah. Berani kerana benar. 'Truth with prevail'," katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, masa untuk berpolitik sudah tamat dan tumpuan kini perlu diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat tuduhan, termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM1.12 juta, untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo