NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi orang Melayu tempatan memihak kepada PN

Sebahagian penyokong PN berkumpul meraikan kemenangan di pekarangan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech selepas calon gabungan itu, Datuk Azman Nasrudin diumumkan menang PRU15 Padang Serai. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR


SATU lagi kemenangan selesa Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen yang terletak sebelah utara pada Rabu lalu, wajar menjadi kebimbangan buat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Padang Serai, di mana kaum Melayu membentuk 62 peratus pengundi, berkesan menjadi pertarungan langsung antara PKR dan BERSATU untuk masing-masing mahu meraih undi Melayu. Ia adalah pertarungan yang PKR tidak akan menang.

Seperti dijangka, calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, memenangi kerusi itu, apabila memperoleh majoriti 16,250 undi, sekali gus berjaya menumpaskan calon PKR (PH), Sofee Razak.

Kemenangan Azman menyaksikan beliau meraih 56.49 peratus daripada keseluruhan undian, manakala Sofee meraih 38.7 peratus.

Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 69 peratus, rumusan yang tidak dapat dielakkan adalah undi orang Melayu tempatan memihak kepada PN.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo