NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPS dibuka di Pekan, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini meningkat kepada 444 orang daripada 128 buah keluarga yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah sehingga pukul 8 malam ini

Pada pukul 4 petang, hanya tiga PPS dibuka di daerah Temerloh dan Bera, iaitu seramai 405 orang daripada 121 buah keluarga.

Tiga daerah iaitu Jerantut, Raub dan Lipis masing-masing menutup PPS selepas mangsa pulang ke rumah mereka bermula pukul 2 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam kenyataan berkata, Pekan daerah terbaru dilanda banjir apabila 46 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara.

“Di Temerloh, jumlah terkini mangsa yang terjejas masih berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan, iaitu seramai 363 orang mangsa daripada 108 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, di Bera, seramai 35 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di PPS SK Sri Buntar yang dibuka sejak Jumaat lalu dan sembilan mangsa daripada tiga keluarga di SK Kerayong. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo