NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM10 kena jelaskan penyalahgunaan nama YDPA semasa proses pencalonan PM dan pembentukan kerajaan


Yang telah menimbulkan PERTIKAIAN adalah:

1. Istilah Kerajaan Perpaduan yang salah sebab kerajaan ini BUKAN KERAJAAN PERPADUAN tapi KERAJAAN CAMPURAN. Jangan memalukan YDPA dengan menggunakan istilah yang salah dari sudut Sains Politik dan realiti politik. Penggunaan istilah yang SALAH untuk menamakan kerajaan ini akan mengakibatkan Malaysia ditertawakan dunia dan membayangkan bahawa kerajaan ini sedang menipu rakyatnya. 

2. Dakwaan dan penyalahgunaan nama YDPA bahawa YDPA bagi TITAH PERINTAH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan sedangkan jika diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak, itu bermaksud, YDPA memberi pilihan

3. Dakwaan dan penyalahgunaan nama YDPA yang menggambarkan YDPA tidak bersifat berkecuali dan menitah perintah agar Kerajaan Perpaduan dibentuk dan secara spesifik disebut yang tidak diketuai PN

4. Dakwaan dan penyalahgunaan nama YDPA bagi menghalang 30 Ahli Parlimen BN menghadap YDPA selepas mereka dititah untuk menghadap secara perorangan bertemu YDPA. Titah perintah ini akhirnya telah diderhakai dan hanya 3 orang Ahli Parlimen BN yang menjunjung titah YDPA.

5. Dakwaan dan penyalahgunaan nama YDPA, iaitu seolah2 hanya kerajaan campuran ini sajalah kerajaan YDPA, sedangkan kerajaan terdahulu pun sama juga, adalah kerajaan YDPA, kerajaan yg mereka sama2 jatuhkan dulu pun disebut kerajaan YDPA dan kerajaan yg menggantikannya pun disebut kerajaan YDPA.

6. Pelantikan kabinet hoi hoi hoi ya hoi digambarkan seolah-olah ia dititah perintah dan direstui oleh YDPA.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo