NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyokong Umno Tioman kesal pemimpin langgar prinsip


ROMPIN
: Ramai penyokong Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman melahirkan perasaan kesal kerana pemimpin parti itu sanggup menggadai prinsip dengan melanggar ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021. 

Mereka meluahkan perkara kepada pemimpin PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini jelas mereka menolak Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Jadi, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) bagi kawasan Parlimen Tioman begitu penting bagi rakyat menolak kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat menolak agenda yang sedang dilaksanakan BN-PH. Pengundi di Tioman dan Padang Serai akan menggunakan peluang PRU15 Parlimen Tiomen pada 7 Disember ini bagi menolak BN-PH,” katanya pada program Sembang Santai PRU N.42 Tioman secara langsung melalui TV Makmur semalam.

Program yang diberi judul, Muafakat Rakyat itu dihoskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paching, Mohd Tarmizi Yahaya. 

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim mengajak anak-anak muda dan pengundi Tioman yang tinggal di luar daerah pulang mengundi pada 7 Disember ini.

CALON PN PRU15 bagi kerusi DUN Tioman dari PAS, Nor Idayu Hashim menyantuni peniaga di pasar Tioman.

Menurutnya juga pada PRU lepas pengundi keliru kerana mereka mengundi BN rupa-rupanya mendapat PH. 

“Kita perlu senafas lagi untuk menang. Lonjakan luar biasa sudah berlaku, namun belum cukup lagi untuk membentuk kerajaan di Pahang.

“PN sudah menang 17 kerusi dan perlu lima lagi kerusi DUN untuk membentuk kerajaan. Kalau menang di Tioman biarpun kerajaan negeri tidak bertukar, namun mampu memberi kekuatan kepada PN,” katanya.

Tambah beliau, dengan kemenangan di Tioman kedudukan PN boleh meningkat kepada 18 kerusi berbanding BN-PH 24 kerusi.

Beliau berkata, PN hanya memerlukan selangkah lagi untuk merapatkan lagi kedudukan berbanding BN-PH. 

“Lagi pun DUN Tioman kawasan yang sangat ada potensi dengan kesedaran anak-anak muda dan orang lama. Kita akan terus bergerak ke hadapan.

“Kita tidak akan toleh lagi ke belakang. Pengundi di Tioman perlu turut bersama dengan arus perubahan yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (duduk, tengah) meluang masa bersama penduduk Kuala Romipin.

DUN Tioman terletak di kawasan Parlimen Rompin yang mempunyai dua lagi DUN iaitu Bukit Ibam dan Muadzam Shah. 

Pada PRU-15, parlimen Rompin dimenangi PN melalui Abdul Khalib Abdullah dengan majoriti 1,438 undi mengatasi Dato’ Hassan Arifin (BN), Erman Shah Jaios (PH) dan Hamizi Hussain (Bebas).

PN juga menang di DUN Bukit Ibam apabila calonnya Nazri Ahmad mendapat 12,488 undi mengatasi Datin Samsiah Arshad (BN – 10,032 undi) dan Barirah Mohd Mokhtar (PH – 1,096 undi).

Bagaimanapun DUN Muadzam Shah dikuasai BN melalui Razali Kassim apabila mendapat 10,990 undi berbanding Jaafar Mustaffa (PN – 9,756 undi) dan Norlaily Forizad (PH – 1,523 undi). – HARAKAHDAILY 1/12/2022



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo