NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengolakan KM Melaka, UMNO tikam UMNO


Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sekali lagi menafikan dakwaan bahawa beliau meletak jawatan, untuk memberi laluan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, memimpin Kerajaan Melaka.

“Tidak betul (letak jawatan KM),” kata Sulaiman ringkas menurut laporan Utusan.

Memetik laporan MKini pula Ab Rauf berkata beliau hanya memangku jawatan KM kerana Sulaiman bercuti sehingga 28 Disember.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Sulaiman akan meletak jawatan pada 3 Januari tahun depan untuk memberi laluan kepada Rauf yang juga Ahli Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi & Usahawan dan ADUN Tanjung Bidara

Laporan itu juga mendakwa ia telah mendapat restu daripada kepimpinan UMNO.

China Press juga melaporkan bahawa tiga Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan Sulaiman akan diganti, termasuk ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis.

Penafian Sulaiman itu adalah kali kedua selepas khabar angin sama bertiup kencang Mei lalu.

Ab Rauf yang sebelum ini dilantik sebagai Speaker DUN Melaka adalah individu berkebolehan untuk menggalas tugas KM kerana peranannya dalam pentadbiran negeri sebelum ini.

Rauf yang sebelum ini dikatakan kerap memberi tunjuk ajar kepada Sulaiman yang ketika itu menjadi KM, bagaimana untuk mentadbir negeri, mengundang keresahan beberapa Ahli Exco.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu Ab Rauf menang kerusi Tanjung Bidara setelah mengalahkan calon Perikatan Nasional Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan calon Pakatan Harapan Zainal Hassan.

Peranan Ab Rauf juga dikatakan menjadi penyumbang kepada kemenangan 21 daripada 28 kerusi Barisan Nasional (BN) dalam PRN itu.

Bagaimanapun, pada PRU-15 bagi enam kerusi Parlimen di negeri itu, BN gagal memperoleh walau satu kerusi pun.

Agenda Daily bagaimanapun, selepas kekalahan teruk BN di Melaka sesetengah pemimpin UMNO yang pro Ab Rauf menyalahkan Sulaiman, dan mempertikaikan kewibawaannya sebagai Ketua Menteri.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo