NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengguna tak beli barang di kedai berbeza, Isham bidas Rafizi


PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, sukar untuk pengguna mengunjungi kedai berbeza demi membeli barang keperluan pada harga berpatutan.

Menurutnya, pengguna biasanya membeli barang di kedai sama.

“Kita tak pergi periksa, sayur mana murah kita ke kedai A, beras di kedai B. Takkan satu hari kita nak beli 10 barang, kita pergi 10 kedai. Orang tak buat macam tu, walaupun secara teori itu yang kita boleh cakap,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya.

Beliau mengulas saranan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang dijual pada harga tidak berpatutan bagi memberi isyarat kepada peniaga dan pembekal tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Kenyataan Rafizi turut dikritik pelbagai pihak, termasuk orang ramai dan ahli ekonomi, Noor Azlan Ghazali yang menyifatkan penyelesaian ditawarkan menteri itu “tidak wajar” dan “terlalu mudah”.

Rafizi bagaimanapun mempertahankan saranannya dengan berkata, keanjalan dalam permintaan perlu diwujudkan sebagai mekanisme permulaan bagi kawalan harga supaya kuasa pengguna dapat dikembalikan.

Sementara itu, Isham berkata, kerajaan perlu menangani isu mikro, antaranya mengukuhkan nilai ringgit bagi menarik pelabur asing ke Malaysia.

Katanya, penting untuk kerajaan berusaha mengembalikan keyakinan pelabur asing, selain menangani kenaikan harga tenaga, termasuk sewa kedai yang tinggi.

“Harga kedai dan input kos daripada bank menyumbang kepada inflasi, itu kita kena tangani juga. Lihat dulu perkara itu, jangan bagi cadangan cari kedai yang lagi murah,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo