NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PN hadir mesyuarat bincang usul undi percaya PM


KUALA LUMPUR
- Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat berkumpul di luar pekarangan Dewan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse, pada Ahad.

Dipercayai ia berhubung Mesyuarat Jawatankuasa PN yang membincangkan mengenai pendirian terhadap usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Difahamkan, mesyuarat yang bermula sejak jam 4.30 petang di dalam Dewan PAUM itu, turut dihadiri pemimpin akar umbi termasuk ahli Parlimen PN.

Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia bermula Isnin dengan agenda utamanya antara lain bakal menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November, mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Pada Ahad, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PN akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan pendirian gabungan parti itu mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan mereka sama ada menyokong atau sebaliknya itu tidak boleh dipaksa.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo