NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Pejuang persoal lantikan Tengku Zafrul dalam Jemaah Menteri

Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pejuang, Tariq Ismail Mustafa Pejuang mempersoal sama ada Anwar Ibrahim akan dapat menangani tekanan yang diberikan oleh kuasa asing kepadanya.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pejuang menyelar pelantikan Tengku Zafrul Aziz sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) dalam barisan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim dan mempersoalkan lantikannya.

Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pejuang Tariq Ismail Mustafa, dalam catatan di Facebooknya hari ini turut mempersoal apakah jaminan yang rakyat Malaysia miliki bahawa lantikan akan mempunyai kepentingan terbaik negara dan bukan pelobinya?

“Adakah menteri yang dilantik itu bebas daripada sebarang dakwaan berkaitan skandal RM600 billion berkaitan perdana menteri ke-8, Panama Papers dan pelbagai lagi dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya sepanjang kempen (PRU15)?,” katanya.

Tengku Zafrul sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam kerajaan yang diketuai oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Saya percaya bahawa pelacur lebih memilih pelanggan mereka, kerana apa yang saya dengar, bahawa dia melobi dirinya tanpa segan silu. Sedih melihat seorang jantan gadai maruahnya untuk jawatan,” katanya lagi.

Beliau turut bertanya sama ada Tengku Zafrul akan mengutamakan keperluan syarikat Malaysia dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif, bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Tariq turut membidas Anwar kerana tunduk kepada tekanan untuk aku dan meneruskan pelantikan “mengelirukan” seperti itu, termasuk presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

“Jika dia (Anwar) terpaksa tunduk kepada tekanan dalam negeri, saya risau PM tidak akan dapat menentang kuasa asing,” katanya

Terdahulu, bekas menteri Miti Rafidah Aziz turut mempersoalkan keputusan Anwar melantik Tengku Zafrul ke dalam Jemaah Menteri

Beliau berkata kredibiliti Jemaah Menteri yang baharu dibentuk akan terjejas dengan pelantikan Tengku Zafrul sebagai senator semata-mata untuk menjadikannya menteri Miti, sambil menambah terdapat lebih ramai orang yang sesuai untuk jawatan itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo