NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizah Aziz sifatkan lantikan Zafrul dan Zahid sebagai “mengejutkan dan tidak perlu”

Rafidah Aziz sebelum ini meminta PM tidak melantik ahli politik yang berdepan perbicaraan dalam Jemaah Menteri kerana akan mencemarkan imej negara.

PETALING JAYA: Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz mempersoalkan keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Jemaah Menteri.

Beliau berkata, kredibiliti Jemaah Menteri yang baru dibentuk akan terjejas dengan pelantikan Tengku Zafrul sebagai senator semata-mata untuk menjadikannya menteri. Masih ramai orang lain yang lebih sesuai untuk jawatan itu, tambahnya.

“Kelihatan seperti (Anwar) hanya tangkap muat dengan melantik seseorang yang ditolak pengundi. Mana kredibilitinya apabila orang yang kalah dilantik (menjadi menteri)?” katanya dalam kenyataan.

Tengku Zafrul sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam kerajaan pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Muhayeedin, menyerlahkan ironi dalam keputusan Anwar melantik calon pilihan raya yang kalah, iaitu Tengku Zafrul, ke dalam Jemaah Menteri, dan bukan Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly, yang pernah menjadi menteri kesihatan, mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk Pakatan Harapan (PH) selepas mengalahkan Zafrul yang bertanding atas tiket BN, dan dua calon lain.

Rafidah turut mempersoalkan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang timbalan perdana menteri.

“Mengapa perlu lantik seseorang yang sedang dibicarakan atas (tuduhan) rasuah? Jika dia didapati bersalah, kena cari pengganti pula,” katanya.

Zahid didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Rafidah sebelum ini meminta Anwar tidak melantik ahli politik yang berdepan perbicaraan dalam Jemaah Menteri. Pelantikan individu sebegini, katanya, akan mencemarkan imej negara.

Pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri mencetuskan reaksi negatif daripada kumpulan masyarakat sivil seperti Bersih, ketua pembangkang Muhyiddin Yassin dan orang awam.

Rafidah menyifatkan kedua-dua pelantikan itu sebagai “mengejutkan dan tidak perlu”, dan mendoakan kejayaan Anwar dalam mentadbir negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo