NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan Umno penting untuk jelas hala tuju parti

Perhimpunan agung Umno yang berlangsung bulan depan mesti digunakan untuk memberikan pencerahan mengenai siapa yang harus memimpin parti, kata Wan Agyl Wan Hassan.



PETALING JAYA: Pemilihan parti Umno adalah penting untuk memberikan pencerahan kepada akar umbi mengenai kepimpinan dan hala tuju parti, kata seorang pemimpin muda Umno.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan, berkata walaupun pemilihan parti boleh diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya PRU15, adalah lebih baik pemilihan diadakan lebih cepat.

Beliau berkata adalah penting bagi pimpinan Umno menjelaskan keputusan mereka untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim secepat mungkin.

“Adalah penting juga bagi pimpinan untuk mendengar suara akar umbi mengenai prestasi terburuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum,” katanya kepada FMT.

Wan Agyl Wan Hassan.


Wan Agyl berkata perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung dari 11 hingga 14 Jan, mesti digunakan untuk memberi penjelasan mengenai siapa yang harus memimpin parti dalam tempoh lima tahun akan datang dan pada pilihan raya umum akan datang (PRU16).

“Kini, hala tuju nampak tidak jelas dan ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan kerana komunikasi dalaman yang tidak baik,” katanya.

Semalam, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz berkata beliau tidak nampak alasan untuk pemilihan parti ditangguhkan lagi, sambil menambah semua jawatan parti perlu dipertandingkan.

Beliau turut mencemuh kenyataan Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos dan Timbalan Ketua Umno Pasir Salak, Khairul Azwan Harun, yang mencadangkan agar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dan Ahmad Zahid Hamidi perlu dikekalkan sebagai presiden untuk satu penggal lagi.

Nazri berkata mereka yang menggesa agar dua jawatan teratas tidak dipertandingkan seperti merendahkan keupayaan Zahid sebagai presiden, dan Mohamad Hasan sebagai timbalan presiden.

Wan Agyl berkata tiada apa yang menghalang ahli parti daripada membentangkan usul menghalang dua jawatan tertinggi Umno daripada dipertandingkan.

“Saya percaya parti akan membenarkan usul itu dibincangkan tetapi ia mesti dibentangkan kepada wakil parti di seluruh negara untuk undian,” katanya.

“Tetapi saya masih percaya kita harus membuka semua jawatan untuk dipertandingkan.” Wan Agyl menambah, parti itu sudah cukup matang untuk memilih pemimpin yang betul tetapi ia mesti diserahkan kepada majoriti untuk membuat keputusan demi menegakkan demokrasi dalam Umno.

Awal hari ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dilaporkan berkata majlis kerja tertinggi parti masih belum membuat keputusan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan dalam pemilihan parti.

Beliau berkata masih ada masa untuk majlis berbincang mengenai perkara itu.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo