NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Padah sengaja pasang kibar Jalur Gemilang terbalik , warga Bangladesh didakwa lusa

"Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan hasilnya polis menerima arahan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Klang pada 13 Disember ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan," kata Vijaya.

KUALA LUMPUR – Seorang suspek warga asing yang telah ditahan polis sebelum ini bagi membantu siasatan atas kesalahan memasang Jalur Gamilang dalam keadaan terbalik secara sengaja di kediamannya bakal diheret ke mahkamah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner A. Vijaya Rao berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu akan didakwa di Mahkamah Klang pada Selasa ini.

“Suspek yang merupakan seorang operator pengeluaran di sebuah kilang di Klang telah direman sejak 27 November lalu untuk membantu siasatan lanjut polis.

“Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan hasilnya polis menerima arahan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Klang pada 13 Disember ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu dalam kenyataan bertarikh 27 November lalu, Vijaya Rao berkata, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas didapati memasang Jalur Gemilang terbalik di luar kediamannya di sebuah pangsapuri dekat sini, semalam.

Kata beliau, Tindakan biadab lelaki berkenaan pada awalnya ditegur pengerusi komuniti pangsapuri berkenaan bagaimanapun suspek berdegil dan enggan menurunkan bendera terbabit.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan hasil laporan penduduk mengenai isu tular berkenaan, kira-kira pukul 12.40 tengah hari. – MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo