NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Neymar berjaya samai rekod Pele, 77 jaringan gol


DOHA: Neymar menyamai rekod Pele yang menjaringkan 77 gol buat Brazil apabila meledak satu gol ketika menentang Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia, tetapi pasukannya tersingkir menerusi penentuan penalti, awal pagi tadi.

Penyerang itu menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama masa tambahan bagi meletakkan Brazil di depan, sekali gus menyamai rekod Pele yang menjaringkan gol antara tahun 1957 dan 1971.

Bagaimanapun, Bruno Petkovic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-117 dengan Croatia selepas itu memenangi penentuan penalti 4-2.

Pele yang baru-baru ini dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan kanser kolon yang dialaminya menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah berjaya memenangi tiga Piala Dunia.

Dia yang kini berusia 82 tahun menjulang trofi Piala Dunia pada edisi 1958, 1962 dan 1970 bersama skuad Selecao dan awal minggu ini, berkata dia mengikuti perkembangan pasukan itu bermain di Qatar dari hospital.

Kali terakhir Brazil mencul juara Piala Dunia adalah pada 2002, lapan tahun sebelum Neymar membuat penampilan pertamanya di pentas antarabangsa. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo