NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MoU lambang takut, karut dan bobrok Pakatan Harapan


BEBERAPA
fakta yang suka aku kongsikan daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) tersebut.

Kerajaan Perpaduan hanyalah propaganda

PH akhirnya mengakui bahawa kerajaan yang dibentuk itu bukanlah Kerajaan Perpaduan ‘Unity Government’ seperti mana yang dijaja kepada rakyat. Ia hanyalah sebuah Kerajaan Campuran ‘Grand Coalition Government’ sepertimana kerajaan-kerajaan sebelum ini.

Di sini juga terbuktilah bahawa, tujuan menjaja ‘Kerajaan Perpaduan’ semata-mata untuk mengabur mata rakyat Malaysia daripada melihat percumbuan dua seteru politik iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan ‘terpaksa’ atas alasan kononnya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengarahkan sedemikian. Dengan ini, mereka ada alasan kukuh untuk melanggar prinsip dan jilat kembali ludah-ludah mereka serata Malaysia.

Dato’ Seri Anwar tidak punyai sokongan kukuh

Dengan tindakan menandatangi MoU ini, ini menunjukkan bahawa sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk kekal menjadi PM masih lagi goyang. Keputusan beliau membuat undi percaya pada sidang Parlimen nanti seakan mengulang kembali slogannya iaitu ‘Firm, convincing and formidable’.

Pengumuman undi percaya ini hanyalah wayang sahaja untuk tayangan kepada rakyat bahawa kononnya beliau mempunyai sokongan kukuh walaupun pada hakikatnya, beliau sendiri bimbang dengan kedudukan beliau sendiri. Sebab itulah perlunya termeterai perjanjian ini bagi menjamin kedudukan beliau sepanjang 5 tahun tersebut.

Kuasa MoU agak karut dan tidak sah

Dua sebab aku boleh kongsikan di sini:

a) MoU seakan meminda Perlembagaan Parti tanpa melalui Mesyuarat Agung parti.

Klausa 4(b) MoU kata sekiranya ahli parlimen kepada mana-mana parti yang menandatangani perjanjian ini gagal untuk memberi undian/sokongan kepada apa-apa usaha termasuklah sokongan percaya kepada PM10 ini, hendaklah dikira seperti melepaskan atau diberhentikan keahliannya daripada sesebuah parti. Kata lain, kegagalan mengikut klausa ini seakan melanggar Perkara 49A(1)(a)(i) dan (ii) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini secara personal mengejutkan saya. Bagaimana sebuah perjanjian yang dibuat inter-party boleh berkuasa seakan menjadi menjadi Perlembagaan Parti? Kerana, untuk menghidupkan peruntukan Perkara 49(1)(a)(ii) ini, ia memerlukan kepada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menyatakan secara khusus. Contohnya:

“Mana-mana ahli yang gagal mengikut arahan daripada ketua /whip parti, maka keahliannya akan diberhentikan serta-merta”.

Dengan adanya peruntukan yang khusus seperti atau membawa maksud yang sama seperti di atas, barulah Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan boleh dijalankan.

Namun, dengan adanya MOU ini, klausa 4(b) ini seakan menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Parti yang boleh menjalankan kuasa di bawah Perkara 49A? Kenapa sekuat itu? Bukankah ini dilihat seperti meminda Perlembagaan Parti tanpa melalui Mesyuarat Agung Parti?

b) MOU paksa sokong DSAI mencabuli hak seseorang ahli Parlimen.

Setiap ahli Parlimen mempunyai haknya dalam menjalankan kerja sepertimana yang diberikan oleh undang-undang. Antaranya ialah untuk memberi undian dan sokongan percaya kepada PM. Ini perkara yang dinyatakan jelas di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, MoU ini telah merobek hak ahli Parlimen tersebut dengan menyekat sebarang hak individu tersebut daripada dilakukan. Bahkan, yang bersetuju dengan perjanjian ini hanyalah dibuat secara ‘en-Bloc‘ bukannya dipersetujui oleh individu-individu tersebut.

Melihat kepada perkara ini, apa yang aku boleh katakan, sekatan yang dibuat ini tidak selari dengan perlembagaan Persekutuan dan tidak sah. Ini berpandukan kepada Perkara 4 Perlembagaan yang menyatakan mana-mana perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan akan dikira tidah sah.

  1. Kepala-kepala parti atau mana-mana pihak yang bersetuju dengan MoU ini boleh disiasat di bawah kesalahan jenayah.

Seksyen 124 Kanun Keseksaaan menjenayahkan suatu perbuatan yang menyekat seseorang ahli parlimen/ADUN daripada menjalankan kuasa yang sahnya dengan apa jua cara sekalipun.

Maksudnya, sekiranya ada terdapat aduah ataupun laporan polis berkenaan dengan MoU ini, polis akan membuka kertas siasatan terhadap orang-orang yang terlibat dengan hal ini. Kerana orang yang terlibat dengan MoU ini dilihat seakan membuat suatu jenayah yang dinyatakan pada Seksyen 124.

Jadi, bagaimakah boleh ada suatu MoU yang bukan sahaja melanggar Perlembagaan Persekutuan, bahkan orang yang terlibat seakan-akan melakukan jenayah??!!

Akhir kalam, MoU ini dari sudut politiknya amat diperlukan untuk menjamin kestabilan kerajaan semasa dalam menjalankan kuasa eksekutifnya. Namun, ia bukanlah sebuah lesen untuk mencabuli hak individu dan perlembagaan negara. Tidak mengapa untuk takut, tetapi janganlah jadi bodoh.

DZAFIR FIRDAUS
Sejahtera Research Group


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo