NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki ditahan ugut sebar video seks bekas teman wanita

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit kes memeras ugut video seks bersama bekas teman wanitanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Rabu lalu kira-kira pukul 5.40 petang, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun memaklumkan menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya.

“Menerusi siasatan, mangsa mengenali suspek yang berusia 22 tahun pada tahun 2020 dan pada 19 Oktober lalu.

“Kira-kira pukul 3.30 petang suspek mengajak mangsa keluar pukul 11 malam, namun ditolak.

“Suspek kemudian mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial menyebabkan mangsa takut dan tertekan dengan ugutan itu,” katanya.

Katanya, suspek telah ditangkap 9 Disember lalu serta ditahan reman selama empat hari berakhir 13 Disember ini, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo