NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos ECRL naik kejayaan ‘Kabinet hoi ya hoi’, sindir bekas pemimpin UMNO

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kenaikan kos projek ECRL hanya tidak sampai sebulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah.
Seorang bekas pemimpin UMNO yang lantang bersuara, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kenaikan kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada RM50.27 bilion kepada RM74 bilion di bawah pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu turut menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR serta DAP yang sebelum ini berikrar akan menurunkan kos projek yang dilaksanakan ketika negara ditadbir kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tidak sampai sebulan mentadbir negara, kos ECRL dikatakan meningkat kepada RM74 bilion sebagaimana diumumkan Anwar sebelum ini.

“Kononnya Anwar dan Pakatan Harapan nak menurunkan kos dan perbelanjaan lebihan yang dikatakan dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.


“Kononnya kos projek2 di bawah UMNO dan BN dinaikkan dan di’mark-up’ untuk menguntungkan syarikat kroni dan penyamun-penyamun dalam kalangan pemimpin UMNO dan BN.

“Itu yang Anwar, Rafizi (Ramli) dan ramai pemimpin PKR dan DAP sebut dalam kempen-kempen mereka. Tu yang mereka sebut bila mendakwa penyamun curi wang dalam LCS (projek kapal tempur pesisir pantai TLDM), projek tebatan banjir, 1MDB, HSR (projek Keretapi Berkelajuan Tinggi) dan macam-macam projek lagi.

“Sekarang sejak sokong TPM hoi hoi hoi ya hoi dan membentuk kerajaan Harapan National, apa sudah jadi kepada dakwaan ada samunan berlaku dan janji untuk menurunkan kos projek?,” kata Tun Faisal dalam kenyataan hari ini (22 Disember 2022) mengulas pengumuman Anwar berhubung kos ECRL itu.

Semalam, Anwar berkata ada sedikit pertambahan pembiayaan berikutan laluan baharu, namun kos keseluruhan ECRL lebih rendah berbanding kos keseluruhan asal RM85.97 bilion pada 2016.

Pada 2 Disember 2021, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion.

Tun Faisal juga berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang penulis politik Ab Jalil Backer yang turut mengulas kenaikan kos projek ECRL itu hari ini.

Dalam ulasannya Ab Jalil berkata:

“Kerajaan luar biasa – Kenaikan kos RM24 bilion tapi jimat RM11 bilion. Pada tahun 2021 Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memberitahu umum kos keseluruhan projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) ialah RM50.27 bilon dengan 30 peratus telah siap.

“Dalam tempoh sebulan, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan telah berjaya menaikkan kos pembinaan kepada RM74.96 bilion.

“Bagaimanapun Perdana Menteri memberitahu kos baharu ini masih jimat RM11 bilion berbanding kos asal zaman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Walaupun saya percaya angka tersebut tidak benar, namun kita biarkan admin page DSN (Najib) yang taksub Anwar menjawabnya.”

- Agendadaily

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo