NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM lancar penggunaan teknologi kamera badan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif penggunaan teknologi kamera badan dalam tugas-tugas penguatkuasaan mereka di lapangan.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penggunaan kamera badan itu bukan sahaja dapat memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, malah dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguatkuasa.

Beliau berkata, penggunaan teknologi itu dimulakan khusus bagi kerja-kerja penguatkuasaan kakitangan dan pegawai program kesihatan awam dan program farmasi.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada KKM atas inisiatif penggunaan teknologi kamera badan dalam tugas penguatkuasaan.

“Pemakaian kamera badan kepada pegawai penguat kuasa juga dapat memelihara integriti dan meningkatkan imej KKM,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini, hari ini.

Terdahulu, sesi Simbolik Pemakaian Kamera Badan kepada Penguatkuasa KKM disempurnakan Dr. Zaliha sambil disaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.-KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo