NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rejim Zionis tembak mati remaja Palestin di kepala


RAMALLAH, 17 Jamadilawal 1444H, Isnin – Pertumpahan darah terus berlaku, terkini hospital Palestin mengesahkan askar pengganas Israel membunuh seorang remaja perempuan ketika operasi tentera di Tebing Barat yang diduduki, pagi tadi.

Hospital Kerajaan Khalil Suleiman di bandar utara Jenin berkata, Jana Zakaran, 16, ditembak di kepala dan disahkan meninggal dunia.

Agensi berita rasmi Palestin melaporkan bahawa Jana berada di atas bumbung rumahnya dan ditemui mati selepas tentera Israel berundur dari Jenin.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyedari kematian remaja itu dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, tentera memasuki bandar itu dan menangkap tiga warga Palestin yang dikehendaki kerana disyaki melakukan serangan terhadap warga Israel.

Pertempuran dan tembakan tercetus antara askar dan ketiga-tiga warga Palestin itu, katanya.

Kira-kira 150 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran Israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikannya tahun paling banyak terbunuh sejak 2006.

Tentera Israel mendakwa, kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh adalah ahli kumpulan pejuang.

Bagaimanapun, kumpulan pemuda yang membaling batu bagi membantah pencerobohan tentera Israel dan individu lain yang tidak terbabit dalam konfrontasi juga telah terbunuh.

Tentera mendakwa, serbuan itu bertujuan untuk memusnahkan rangkaian pejuang dan menggagalkan serangan masa depan, bagaimanapun rakyat Palestin berkata, mereka mengukuhkan pendudukan terbuka Israel yang kini memasuki tahun ke-56.

Menurut statistik Israel, sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam serangan Arab di Israel dan Tebing Barat yang diduduki tahun ini. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo