NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes harian turun bawah 1,600 jangkitan, 6 lagi kematian

1,597 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,008,452 kes.

Sebanyak 2,596 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,951,236.

Ketika ini, 20,468 kes aktif direkodkan di mana 19,145 atau 93.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,237 (6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 32 kes dan 54 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam lagi kes kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,748 orang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo