NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha sedang dibuat bagi memastikan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim tidak bertahan lama, serta Perikatan Nasional (PN) akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan Kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

“Jadi kami sedang berusaha supaya Kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS,” katanya ” katanya lapor Malaysiakini.

Anwar memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BNl (30), GPS (23), dan GRS (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga Ahli Parlimen.

Sementara itu, Shahidan berkata, Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar dua hari lalu terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.

“Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri. Padahal orang kalah ini orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi senator biasa.

“Ahli Parlimen ramai yang hebat tetapi tak dilantik, di kalangan Umno dan DAP, untuk menerajui kementerian-kementerian penting tapi mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar, hingga terpaksa lantik mereka yang kalah,” kata Shahidan yang juga bekas pemimpin Umno.

Shahidan juga menyifatkan pelantikan empat menteri dari senator sebagai tidak wajar.

“Saya tengok kawan-kawan di kalangan dalam Umno itu, kasihan mereka.Tapi jangan bimbang kalau mereka tak dipercayai, datanglah kepada PN. Kami akan percayakan mereka,”katanya.

Jumaat lepas, Anwar mengumumkan barisan Jemaah Menteri bagi kerajaan perpaduan pimpinannya, yang terdiri daripada 28 anggota.

Mereka terdiri daripada 15 orang Ahli Parlimen PH menerusi PKR, DAP, Amanah dan Upko; enam orang daripada BN menerusi Umno; lima daripada GPS menerusi PBB, PRS dan PDP; seorang daripada GRS menerusi Bersatu Sabah, dan seorang lagi yang tidak mewakili mana-mana parti.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo