NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kena saman parking di Perak OKU. MPKL maklum guna pelekat OKU tak ikut standard

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mendapati seorang individu yang tular disaman di Pantai Morib di sini, semalam menampal pelekat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berbeza dengan versi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, pelekat berkenaan bukan versi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL menerusi kenyataan berkata, dua kenderaan di petak parkir OKU didapati menampal pelekat itu di cermin depan dengan berlatar belakangkan warna biru dan terdapat logo orang berkerusi roda.

“Satu daripadanya tidak meletakkan nombor pendaftaran kenderaan dalam ruangan empat segi di pelekat itu.

“Semakan dengan JPJ mendapati kedua-dua kenderaan itu telah menampal pelekat OKU berbeza dengan versi yang dikeluarkan dan MPKL turut menerima aduan awam mengenai keraguannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat kes individu bukan OKU dengan sewenangnya membeli pelekat kenderaan itu di kedai bagi menggunakan petak parkir gololongan tersebut.

“Demi memastikan layanan adil kepada masyarakat dan kemudahan itu tidak disalahguna, menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan tersebut.

“Namun, notis itu boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan jika individu berkenaan mengesahkan beliau merupakan seorang OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MPKL akan membantu untuk mendapatkan pelekat yang sah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan Selangor telah menyeragamkan penggunaan pelekat OKU yang sah digunapakai di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Orang awam boleh merujuk kepada PBT di kawasan masing-masing untuk permohonan pelekat OKU tersebut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki OKU meluahkan rasa kesal selepas keretanya didakwa disaman pihak berkuasa dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat.

Video luahan hati lelaki yang menggunakan kerusi roda itu tular menerusi media sosial, malah dia memaklumkan telah disaman RM20 selepas meletakkan kereta di tempat khas OKU.

Dia yang turut meluahkan aduan menggunakan bahasa Jawa mendakwa sebelum ini belum pernah disaman selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU sekali gus pertama kali situasi itu berlaku terhadapnya. -KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo