NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaduh bersenjata depan kilang, 2 ditahan


KOTA KINABALU: Polis mengesahkan pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, di sini, hingga tular di media sosial, sejak semalam tidak membabitkan unsur kongsi gelap.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata ia berpunca daripada rasa tidak puas hati bekas pekerja kepada majikan, rakan kongsi yang gagal menjelaskan baki gaji tertunggak.

Katanya, siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada 1 Disember lalu yang mana empat lelaki menghalang laluan keluar masuk kilang dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Bezza bertujuan hendak menemui pengusaha kilang berkenaan yang dikatakan gagal menjelaskan gaji sebanyak RM10,000 kepada seorang lelaki terbabit.

"Rakan kepada pengusaha kilang berkenaan kemudian mengarahkan kumpulan lelaki terbabit mengalihkan kenderaan itu tetapi tidak diendahkan lalu bertindak membaling alat pemadam api ke arah kereta hingga menyebabkan cermin penumpang kereta itu pecah.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo