NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemiskinan haid : pemberian tuala wanita percuma dimulakan di pejabat menteri

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma dalam masa terdekat.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, buat permulaan, inisiatif berkenaan akan dimulakan di Pejabat Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan ke peringkat lain.

Beliau berkata, pihaknya merasakan sudah tiba masanya perihal kemiskinan haid (period poverty) di bawa ke peringkat lebih tegas dan berbentuk polisi.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan wanita yang pertama, elok kita lakukan di KKM sendiri dan saya mulakan pemberian tuala wanita percuma di tandas di Pejabat Menteri dahulu.

“Kita mulakan di Pejabat Menteri Kesihatan dan selepas itu kita harap ia dapat diperluaskan ke seluruh agensi di bawah KKM dan seluruh kementerian. Selama ini, program pemberian tuala wanita percuma ini dilaksanakan secara kecil-kecilan saja,” katanya selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini tadi.

Ditanya sama ada inisiatif itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023, Dr. Zaliha berkata, ia boleh dilakukan sekali gus meningkatkan keupayaan inisiatif berkenaan dan menjadi permulaan kepada agenda di peringkat nasional.

Sebelum ini, beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.-KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo