NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian


Terdapat 18,721 kes aktif Covid-19, termasuk 78 pesakit yang ditempatkan ICU, dengan 50 daripada memerlukan bantuan pernafasan

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 866 kes baharu, semalam, manakala 10 kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,010,634 kes dan 36,763 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 18,721 kes aktif Covid-19, termasuk 78 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 50 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,235 orang atau 6.6% menerima rawatan di hospital.

Sementara 17,408 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 1,313 pesakit dilaporkan sembuh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo