NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas, kereta terjunam dalam sungai

JITRA – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.23 petang tadi.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta yang terjatuh ke dalam sungai dengan seorang mangsa berusia 12 tahun masih di dalam kereta tersebut.

“Dua lagi mangsa dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota bomba kini melakukan operasi pencarian di permukaan air.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah digerakan ke lokasi kejadian,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo