NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan sertai Muafakat Nasional, Sng ingatkan ahli PBM


PETALING JAYA:
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng memberi amaran kepada ahlinya tidak menyertai NGO, Muafakat Nasional.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, ahli parti didapati menyertai NGO itu akan dikenakan tindakan penggantungan termasuk keahlian dibatalkan.

Zuraida Kamaruddin yang dipecat PBM, kelmarin, menyertai NGO diasaskan bekas pemimpin Umno, Annuar Musa, pada 14 Dis.

Sng berkata, partinya menyokong kerajaan perpaduan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, PBM merupakan parti yang sejajar dengan komponen parti lain membentuk kerajaan hari ini dan ia perlu difahami penuh ahli parti.

“Parti berkenaan (yang membentuk kerajaan hari ini) merupakan sekutu baharu PBM dan kedudukan kerajaan merupakan hala tuju parti.”

Ahli Parlimen Julau itu, berkata parti akan memberi tumpuan mempertahankan kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor (Sementa dan Lembah Jaya) dan di Sabah (Segama) dengan parti akan mengadakan kerjasama dengan sekutu memeterai pakatan pilihan raya.

Parti juga akan meneroka idea menyertai gabungan selepas enam bulan. “Walaubagaimanapun, perbincangan sedang berjalan.”

Sng berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh negara pada Januari untuk bertemu dengan pemimpin parti bagi berbincang dan menjelaskan hala tuju parti, selain melantik ketua parti negeri tertentu.

“Kita akan memupuk pemimpin baharu dalam kalangan ahli. Mereka yang tidak gembira untuk kekal, dialu-alukan untuk keluar.”

Kelmarin, PBM memecat Zuraida dan 10 yang lain selepas gagal memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, awal bulan ini.

Pemecatan itu susulan pertikaian antara Sng dan 11 Ahli Majlis Tertinggi yang digantung keahlian pada Oktober kerana didakwa tidak berdisiplin.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo