NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ISMA Bangi bantah papan tanda Jovian, perlu diturunkan segera

1. DI HARI keputeraan DYMM Sultan Selangor, ISMA Bangi menyampaikan surat bantahan kepada Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

2. Pertama, kami bantah kerana ia merendahkan kemuliaan wanita. Imej pakaian dalam wanita tak sepatutnya ditayang di tempat awam.

3. Kedua, kami bantah kerana ia mempromosi soft pornography. Disebabkan warna nude, iklan ini seolah memaparkan 8 orang wanita berbikini jika dilihat dari jauh.

4. Ketiga, kami bantah kerana ia melanggar kesopanan. Iklan ini amat ironi dengan imej Bandar Bangi Bangi sebagai Bandar Ilmu dan Syurga Tudung. Apatah lagi, iklan ini amat dekat dengan masjid ikonik; Masjid Al-Hasanah (jarak: 600 meter) dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar (jarak: 80 meter).

5. Hasil tinjauan ringkas yang kami jalankan di group Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC), kami menerima lebih 300 respon warganet yang tidak setuju dengan gambar tersebut. Untuk makluman, Group BBBC adalah group komuniti terbesar masyarakat Bangi. Semua respon ini kami cetak dan serah kepada pihak Jovian.

6. ISMA Bangi seru papan iklan ini diturunkan segera, dan gambar wanita berbengkung ini hanya diguna di dalam premis, di kawasan yang diakses pelanggan wanita sahaja.

7. Kepada seluruh masyarakat, kami seru anda hantar surat bantahan kepada pihak Jovian dan MPKj. Dalam Mechamato Movie, Tok Sah berkata, “Wira lahir bukan dari kuasa. Wira lahir dari keberanian dan tanggung jawab”.

“KOMUNITI AKTIF, KOMUNITI PRIHATIN”

BILAL JAILANI
Yang Dipertua ISMA Bangi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo