NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iktiraf UEC bakal jejaskan Sistem pendidikan negara

PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara kemungkinan besar akan terjejas jika sijil peperiksaan bersepadu (UEC) diiktiraf Kementerian Pendidikan tanpa sebarang pertimbangan menyeluruh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Abu Shah menjelaskan, pengiktirafan itu akan mendorong sebahagian besar golongan bukan Melayu mengambil sijil UEC kerana majoriti subjeknya menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris.

Katanya, ia sekali gus akan menyebabkan sistem pendidikan kebangsaan diabaikan sepenuhnya oleh golongan bukan Melayu di masa-masa akan datang.

“Kalau UEC diiktiraf, habislah bahasa kebangsaan kita kerana ia tidak lagi digunakan sepenuhnya di sekolah.

“Orang lain bersusah payah belajar di sekolah kebangsaan, tapi bila dia nak masuk universiti awam, dia perlu bersaing dengan aliran lain yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Ini tidak adil pada mereka. Sebab itu, kita perlu bersuara, kita bimbang dengan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, pengiktirafan UEC juga akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum serta menyebabkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dipinggirkan.

“Ia akan mengukuhkan lagi polarisasi kaum, bukan sahaja kepada kaum Melayu tetapi juga kepada kaum bukan Me­layu. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sudah cukup untuk membuktikannya.

“UEC ini juga setaraf STPM, jadi graduannya akan senang-senang dapat masuk universiti awam dan dapat kerja kerajaan tanpa perlu melalui pendidikan kebangsaan dan guna bahasa kebangsaan,” katanya.

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk pejuang UEC supaya melupakan hasrat mereka sebaliknya mendukung sistem pendidikan kebangsaan.

Kelmarin, Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia (Dong Zong) meminta kerajaan supaya mempertimbang pengiktirafan UEC secara rasional, bukan diteliti dalam kerangka politik.

Dalam pada itu, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad meminta kerajaan mengutamakan beberapa isu membelenggu sistem pendidikan negara, bukan hanya menumpukan isu UEC.

“Soal mengkaji semula sistem pendidikan, reformasi dan reset sepatutnya menjadi keutamaan bagi menangani isu seperti li­terasi dan keciciran pendidikan. Pentadbiran kerajaan juga perlu stabil dahulu.

“Tidak semestinya UEC diiktiraf, tetapi ini peluang terbaik kerajaan mencari jalan mena­ngani kemelut ini bagi memuaskan hati semua pihak,” katanya. – UTUSAN


Komen : Bercakap hak sebagai rakyat Malaysia, tapi bawa sistem pendidikan luar, kemudian minta Malaysia iktiraf 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo