NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hishamuddin Presiden UMNO 2023?


UMNO tidak boleh salah langkah lagi selepas parti itu bersama Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menegaskan UMNO perlu menyedari dan menginsafi susulan kekalahan itu dengan membetulkan kelemahan yang berlaku.

"PRU15 BN kalah teruk hanya dapat 30 kerusi saja, …satu keputusan yang sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan BN.

"Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan apa juga pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini.

"Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat. Kita tak boleh salah langkah lagi," katanya dalam satu rakaman video laman sosialnya, malam tadi.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menegaskan beliau akan menggunakan masa yang ada untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO.

"Memandangkan sekarang ada sedikit kelebihan masa, tidaklah sesibuk sebelum ini, masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti," katanya dipercayai merujuk kedudukan beliau yang tidak lagi berada dalam Kabinet.

Beliau juga menolak tuduhan kononnya bakal meninggalkan BN dan menyertai parti lain sambil menegaskan akan kekal setia kepada UMNO.

Hishammuddin Hussein. - Foto fail NSTP/ Farizul Hafiz Awang
Hishammuddin Hussein. - Foto fail NSTP

"Ada satu soalan yang selalu orang tanya saya, pendirian macam mana dan selepas ini apa hala tuju dalam politik, bagi saya mudah saja. Saya tetap UMNO dulu, kini selamanya," katanya.

Sehari selepas PRU15, Hishammuddin menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan di Facebook itu, beliau menyatakan keperluan parti itu untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

 
Kenyataan Hishamuddin ini adalah pentanda awal golongan sedar dalam UMNO perlu bangkit untuk membetulkan UMNO daripada terjerumus kepada politik yang ditolak oleh 0rang-orang Melayu.

Jika usaha tidak dilakukan, maka golongan yang telah disingkir oleh geng Zahid Hamidi akan menguasai UMNO dan terus menjadikan UMNO lemah dengan harapan Anwar akan kembali semula kepada UMNO untuk menerajui UMNO dan mengembalikan orang Melayu kepada UMNO.

Perancangan memasukkan Anwar atau gabungan UMNO+PKR adalah suatu yang sangat bahaya kerana dalam PKR ada bukan Melayu.

UMNO perlu diselamatkan. Oleh itu Hishamuddin mengetuai golongan yang disingkir dalam UMNO perlu merancang untuk mengambil alih UMNO dan menjadi Presiden UMNO 2023.

Bantuan daripada Muafakat Nasional NGO yang digerakkan oleh Annuar Musa serta NGO Perpaduan Ummah yang digerakkan oleh Shahidan Kasim serta beberapa kumpulan daripada Selangor yang digerakkan oleh Noh Omar mungkin mampu untuk mengangkat Hishamuddin Husin sebagai Presiden UMNO dan penyingkir perosak UMNO Zahid Hamidi dan kuncu-kuncunya.



 


........
Komen: UMNO akan mampus...hanya tunggu masa. Lagi lama Zahid ada lagi mampus UMNO


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo