NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasrat Rara untuk pasti Zahid ke penjara berkecai !? (Video)


PRU14 2018, banyak bahan kempen PH membunuh pandangan umum kepada PH, terutamanya janji-janji yang tak dapat direalisasikan atas alasan yang pelbagai.

PRU15 2022 pula, PH menjanjikan akan memastikan Zahid Hamiddi akan disumbat ke penjara, begitulah janji-janji PH dalam banyak roadshow yang dianjurkan bagai menarik lebih ramai rakyat Malaysia supaya menyokong mereka. 

Daalm siri kempen Rara, nama Zahid sentiasa menjadi bahan kempen utama, zahid digambarkan sebagai seorang penyamun yang layak dihumban ke penjara. Pada PRU15 yang lepas, Rara berjaya mengalahkan calon lain dengan majoriti 692 undi sahaja. 


Hakikat ini, semalam ternyata bukan sahaja memberi persepsi negatif kepada Kabinet Anwar, tetapi juga membawa imej yang sangat negatif negara kepada para pelabur. 

Sebenarnya, jelas sekali DSAI hanya berhajat kepada kerusi Perdana Menteri, bermula daripada PRU10, pada tahun 1999 lagi DSAI telah aim kerusi Perdana Menteri. 

Saya ingat lagi dalam satu sesi ceramah, apabila ahli bertanya kepada Almarhum Ust Fadzil Nor, kenapa PAS tak kisah dengan cadangan DSAI sebagai PM, jawab beliau sangat ringkas, kita tahu belum sampai masanya lagi untuk DSAI berada di Putrajaya.




........
Komen: .Terbaca, rupanya dah lama Rara tidur sebantal dan sekatil dengan Pemuda UMNO. Mereka dah lama merancang, cuma kita sahaja yang lalai :).


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo