NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua pemimpin PKR dilantik senator - Rakyat Tolak Tapi PH tidak terima suara rakyat


KUALA LUMPUR :
Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Naib Presiden PKR, Saraswathy Kandasamy, akan dilantik sebagai senator bagi memegang portfolio timbalan menteri.

Fuziah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, manakala Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Fuziah, yang juga bekas Ketua Wanita PKR sebelum ini tewas dengan calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Selepas PRU14, Fuziah pernah memikul tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Saraswathy dipilih sebagai Naib Presiden PKR secara lantikan bagi mewakili wanita PKR, selepas tiada seorang pun wakil wanita menang jawatan itu pada pemilihan parti.

Fuziah dan Saraswathy adalah antara 27 timbalan menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Semua timbalan menteri baharu ini dijadualkan mengangkat sumpah jawatan pada jam 3 petang esok.

Senarai nama timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak menyenaraikan nama Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Timbalan Menteri Agama.



........
Komen: Kabinet orang kalah, rakyat tolak anwar terima


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo