NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perubahan biasa - PM Anwar


PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) merupakan perubahan biasa.

Beliau berkata pertukaran Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media.

"Ini hanya pertukaran biasa, yang juga membabitkan sama ada kenaikan pangkat atau perubahan jabatan dan urusan.

"Wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah) perbincangan akan diputuskan penjawat awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali)," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan senarai Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini malam ini.

Sebelum ini dilaporkan Asri, 56, yang dilantik pada 2020, telah 'dicutikan' kerana kelibat beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Perdana Menteri yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan pada 6 Dis lepas.

Malah ketika sidang media selepas taklimat dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, Anwar menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Mengenai kedudukan Ketua Setiausaha dan pegawai kanan kementerian, Perdana Menteri berkata ia juga di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara yang akan menguruskan perkara itu.

Pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyaksikan empat kementerian digabungkan manakala satu portfolio dimansuhkan.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Luar Bandar digabungkan, yang kini dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Tenaga Sumber Asli pula digabungkan menjadi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Portfolio yang dimansuh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).



........
Komen: Orang yang baik dan jujur selalu tidak disukai oleh golongan perompak dan penyamun


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo