NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Croatia singkir Brazil


AL RAYYAN,
Qatar: Croatia menyingkirkan Brazil daripada saingan Piala Dunia selepas menewaskan juara lima kali itu 4-2 menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir, sebentar tadi.

Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan Rodrygo sebelum sepakan Marquinhos sekadar menggegar tiang gol bagi membolehkan Croatia melangkah ke separuh akhir.

Terdahulu, Neymar berjaya meletakkan Brazil di depan pada lewat separuh masa pertama masa tambahan, tetapi Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bruno Petkovic pada minit ke-117.

Jaringan Neymar dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.

Pemain Belanda, Luuk de Jong, Frenkie de Jong, Denzel Dumfries, Matthijs de Ligt dan Stefan de Vrij kelihatan sedih selepas tewas kepada Argentina dalam penentuan penalti suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha. - Foto REUTERS
Pemain Belanda, Luuk de Jong, Frenkie de Jong, Denzel Dumfries, Matthijs de Ligt dan Stefan de Vrij kelihatan sedih selepas tewas kepada Argentina dalam penentuan penalti suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha. - Foto REUTERS

Croatia akan berdepan pemenang perlawanan antara Argentina dengan Netherlands bagi perebutan tiket ke pentas final. - AP



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo