NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 993 kes baharu, 5 kematian

993 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,017,016 kes.

Sebanyak 1,460 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,964,167.

Ketika ini, 16,049 kes aktif direkodkan di mana 15,011 atau 93.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 985 (6.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 53 kes dan 29 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima lagi kes kematian dicatatkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,800 orang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo