NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 1,040 kes baharu, 9 kematian


Kuala Lumpur, 14 Disember 2022 - Jangkitan harian Covid-19 kembali melepas angka 1,000 semalam dengan 1,040 kes baharu direkodkan, manakala sembilan kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,012,483 kes dan 36,778 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 17,547 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 52 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,100 orang atau 6.3% menerima rawatan di hospital.

Sementara 16,378 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 1,456 pesakit dilaporkan sembuh.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo