NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di KM393 LPT 2 akibat limpahan air cerun

KUALA BERANG: Kejadian banjir kilat berlaku di Kilometer (km) 393 Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari arah Ajil ke Kuantan, yang tular di media sosial pagi tadi surut sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku disebabkan insiden tersebut dan jalan di kedua-dua arah masih boleh dilalui kenderaan seperti biasa.

“Air limpahan telah pun surut sekitar 12.30 tengah hari tadi. Tiada penutupan jalan dan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan di kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hasmira, ketika ini pihak pengurusan LPT 2 sedang menjalankan kerja-kerja penilaian dan pemantauan di lokasi kejadian.

Dalam video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial, menunjukkan limpahan air yang turun daripada cerun berdekatan LPT 2 memenuhi laluan lebuh raya tersebut namun kenderaan masih boleh melepasi kawasan Ajil.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan telah memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS. – BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo